Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Dunia Islam  >  Current Article

Ikhwan memenangi hati pengundi luar negara

By   /   June 11, 2012  /   No Comments

CAIRO, 11 Jun 2012 — Hasil awal menunjukkan calon presiden Mesir dari Ikhwanul Muslimin, Dr.Muhammad Mursi telah memenangi 75 peratus suara warga Mesir di luar negara. Dengan jumlah keseluruhan pengundi 173906.

Keputusan awal ini hadir selepas kiraan undi dihitung di 54 buah negara, enam hari sebelum pusingan kedua piliharaya presiden negara itu.

Kajian berpendapat menunjukkan bahawa lebih dari 300 000 orang Mesir yang tinggal di luar negara. Mereka telah memberikan suara mereka untuk calon presiden dari Ikhwan, dan kemungkinan mampu untuk mengalahkan Ahmad Syafiq yang merupakan mantan perdana menteri di era Mubarak.

Laporan juga menunjukkan bahawa mantan tertinggi Ikhwan yang telah dipecat dan juga calon presiden, Abdul Munim Abul Futuh, juga telah memberikan dukungan untuk Mursyi.

Mursyi akan berhadapan dengan Syafiq dalam pemilihan pusingan kedua piliharaya presiden pada tanggal 16 dan 17 Jun nanti dalam pemilihan presiden pertama yang bebas dalam sejarah negara itu. (sy/mzm)

    Print       Email

About the author

Syarifah

Columnist

Leave a Reply

You might also like...

defibrillator

Mantan diktator Mesir mulai guna defibrillator

Read More →