Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Tanya Ustaz  >  Current Article

Jantina Haiwan Aqiqah

By   /   May 19, 2012  /   No Comments

Assalamualaikum, ustaz.

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. Saya cuma keliru sama ada kambing untuk aqiqah ni perlu ada pilihan jantina? Sama ada jantan atau betina? Kerana dari hadis yang saya baca, tidak jelas apakah haiwan jantan atau betina.

Candra

———————————————-

Jawapan:

Pertama sekali terima kasih kepada saudara yang bertanya, sebelum kita menjawab persoalan perlu kita tahu bahawa Aqiqah adalah ibadah yang diistinbatkan dari hadith bukan dari al Quran atau sumber hukum yang lain seperti qias atau masalih mursalah. Jadi untuk menjawab soalan apakah jantina haiwan aqiqah maka kita telah merujuk kitab himpunan hadith hukum karangan imam asy Syaukani yang bertajuk nailul autor dalam menghimpunkan dan menghuraikan hadith hadith hukum yang banyak.

Maka didapati hadis bernombor 2143 yang dipetik oleh beliau dari imam atturmizi yang bermaksud

“Dan dari ummu kurzi al ka’biyyah bahawasanya beliau telah bertanya Rasulullah S.A.W tentang aqiqah lalu baginda menjawab: Ya, dari anak lelaki dua ekor ‘Shah’ dan bagi anak perempuan seekor ‘Shah’ dan tidaklah menjadi masalah samada jantan atau betina” -riwayat atTurmizi dan Ahmad.

Maka jelaslah dalam matan hadith tidak disarankan jantina binatang tersebut bahkan perkataan ‘Shah’ itu sendiri merujuk kepada lafaz umum yang membawa maksud kambing. Sekiranya jantan disebut ‘Kharouf’ dan betinanya disebut ‘dhaan’. Wallahu taala a’lam.

    Print       Email

Leave a Reply

You might also like...

hukum-sms

Ustaz, betul ke lelaki dan perempuan tak boleh SMS?

Read More →