Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Ilmu Islam  >  Akidah  >  Current Article

Keinginan Nabi Musa a.s. untuk Melihat Tuhan (2)

By   /   July 9, 2012  /   No Comments

(QS. Al-A’raf: 144) Seterusnya Musa a.s. dikurniakan rahmat yang lain, apabila baginda disampaikan khabar gembira daripada Allah swr, bahawa baginda dipilih oleh-Nya untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kaumnya setelah mereka diselamatkan.

“Allah berfirman, ‘Hai Musa sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku. Sebab itu, berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS. Al- A’raaf: 144)

Kita memahami daripada firman Allah kepada Musa a.s.,

“Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku…”

bahawa yang dimaksud dengan ‘manusia’ di sini adalah manusia yang sezaman dengannya.

Sememangnya para rasul sebelum dan sesudah Musa dipilih di kalangan suatu generasi manusia dengan cara ini, namun kelebihan berbicara dengan Allah secara langsung hanyalah diberikan kepada Musa a.s. sahaja.

Ayat ini menerangkan perintah Allah kepada Musa, untuk menerima apa yang diberikan-Nya, dan bersyukur atas pemilihan dan pemberian itu. Maka ini adalah perintah yang berupa pendidikan dan arahan untuk melakukan sesuatu yang sememangnya harus dilakukan sebagai tanda baginda menerima nikmat Allah.

Para rasul a.s. adalah contoh dan teladan bagi manusia. Manusia hendaklah menerima dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah. Supaya apabila meminta ditambahkan nikmat-Nya, hendaklah mereka berusaha memperbaiki hatinya, menjaga diri daripada sikap sombong, dan supaya sentiasa berhubungan dengan Allah.

Kemudian dijelaskan apa yang menjadi kandungan risalah itu, dan bagaimana risalah itu diberikan kepada Musa,

“Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu…” (QS. Al-A’raaf: 145)

Bermacam-macam riwayat dan pendapat ahli tafsir mengenai ‘luh-luh’ ini. Sebahagian mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang teliti, yang kami kira keterangan ini dikutip dari cerita-cerita Israiliat yang banyak merayap di dalam tafsir. Dalam hal ini, kami tidak mendapat satu pun keterangan daripada Rasulullah saw.

Oleh karena itu, kami cukup berhenti pada nas Al-quran yang benar dan kami tidak berani melampauinya. Sifat-sifat yang dikemukakan itu sedikit pun tidak menambah dan tidak mengurangi hakikat ‘luh-luh’ itu.

Mengenai apakah ‘luh-luh’ itu dan bagaimana ia dituliskan, maka kita tidak mendapatkan satu pun keterangan yang mencukupi, kerana tidak ada riwayat yang shahih berkenaannya. Yang penting ialah apa yang dimuatkan dalam ‘luh-luh’ itu, iaitu bahawa di dalamnya terdapat segala sesuatu yang khusus berkenaan dengan tema risalah dan tujuannya, yang berupa keterangan Allah, syariat-Nya. Ia juga mengandungi arahan-arahan yang diperlukan untuk memperbaiki keadaan umat ini, beserta ciri-ciri sifat umat ini yang telah dirosakkan oleh kehinaan dalam waktu yang panjang!

“Maka (Kami berfirman), ‘Berpeganglah padanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya.”

Perintah Tuhan Yang Maha Agung kepada Musa a.s. untuk berpegang teguh pada ‘luh-luh’ ini dan agar memerintahkan kepada kaumnya supaya berpegang pada tugas-tugas berat yang disifatkan sebagai yang terbaik untuk mereka dan berupaya memperbaiki keadaan mereka.

Perintah seumpama ini mengisyaratkan pentingnya kaedah ini dalam menangkap dan menyikapi tabiat bani Israil, yang telah dirosak oleh kehinaan atau penjajahan Fir’aun dalam waktu yang panjang.

Mereka diperintahkan agar memiliki tekad yang kuat dan keseriusan, untuk menunaikan tugas-tugas yang diberikan risalah dan khilafah. Perintah ini juga menunjukkan kaedah yang wajib diambil untuk meningkatkan umat terhadap setiap akidah yang datang kepada mereka.

Penterjemah: mhudzaifah
Sumber: http://www.eramuslim.com/syariah/tafsir-zhilal/keinginan-nabi-musa-a-s-untuk-melihat-tuhan-2.htm

    Print       Email

Leave a Reply

  • RSS Dari Eramuslim.Com

  • Newsletter

You might also like...

tarbiyah

Dasar-dasar konsep Tarbiah dalam Al-Quran

Read More →