Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Kenali Kami

Kenali Kami

Sejarah Penubuhan

Eramuslim.Com berdiri pada 1 Ogos 2000 ketika mana teknologi internet baru sahaja berkembang di Indonesia. Disebabkan kurangnya laman web yang menyajikan berita dan maklumat tentang dunia Islam, ianya telah mendorong beberapa pengasas untuk melahirkan Eramuslim.Com sebagai media islami yang berdakwah di alam maya. Eramuslim sehingga hari ini telah menjadi media online pertama di Indonesia.

Pada awal tahun 2012, Eramuslim telah mengorak langkah lebih kehadapan lagi dalam aktiviti menyampaikan Islam melalui media apabila berjaya melancarkan laman web Eramuslim khas untuk umat Islam di Malaysia.

Visi & Misi

Dengan visi untuk menjadi sebuah Media Islam Rujukan di nusantara ini. Visi ini terus ditanamkan dalam hati setiap kru Eramuslim bagi melaksanakan misi-misi berikut:

  • Menyampaikan maklumat tentang dunia Islam yang lebih adil dan bermanfaat kepada umat Islam
  • Menyampaikan maklumat untuk kerja-kerja dakwah Islam
  • Membangun & mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama umat Islam
  • Menyediakan maklumat tentang nilai-nilai Islam

Profesor Dr. Yusof al-Qardhawi menjelaskan bahawa:

Salah satu tuntutan kemodenan ialah seseorang dilarang untuk menyerah kepada keadaan dan kondisi yang ada sekarang, tetapi ia mesti terus memandang ke hadapan. Tekanan, kesulitan dan berbagai masalah sekarang tidak boleh menjadi batu penghalang baginya untuk terus berusaha mengorak langkah maju ke hadapan dan terus mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Ia mesti terus menyemai dan menanam benih-benih dan biji yang akan menghasilkan buah pada masa hadapan.