Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Kehidupan  >  Kerjaya  >  Current Article

Kerjaya Menurut Perspektif Islam (1)

By   /   May 12, 2012  /   No Comments

Bekerja merupakan satu kegiatan manusia yang disuruh dan sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Di dalam AI-Quran terdapat banyak sekali ayat yang menyuruh manusia bekerja, kerana kerja merupakan sumber rezeki untuk menanggung diri sendiri, kaum keluarga dan membantu orang lain, Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad); Bekerjalah kamu maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Dalam menyempurnakan pekerjaan tersebut, manusia akan berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada masalah gaji dan upah, hubungan dengan ketua atau majikan, hubungan dengan rakan sekerja, peralatan kerja, cara mengurus kewangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran sesuatu pekerjaan secara profesional, individu itu haruslah berbincang dengan seorang kaunselor. Perkara ini sedang dan akan ditekankan kepada pelajar sejak di bangku sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 8 Oktober 2002, hal. 63-70

    Print       Email

About the author

Editor

Editor-In-Chief

Leave a Reply