Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Current Article

Kuwait Memperketat Hukuman Pesalah Berkaitan Agama

By   /   May 3, 2012  /   No Comments

KUWAIT CITY, 4 Mei 2012 – Parlimen Kuwait hari ini (Khamis) meluluskan rang undang-undang menjatuhkan hukuman mati bagi orang Islam yang mengutuk atau mempermainkan Tuhan, kitab suci agama Islam, semua nabi serta rasul dan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

Hukuman yang sama dikenakan kepada orang-orang yang “menggambarkan diri mereka sebagai nabi nabi rasul baru utusan dari Tuhan,” mengikut laporan agensi berita KUNA Kuwait.

“Tetapi jika tertuduh adalah bukan dari kalangan orang Islam, hukuman akan diturunkan kepada penjara selama tidak lebih daripada 10 tahun, mengikut undang-undang baru tersebut” tambah laporan agensi berita tersebut.

Empat puluh Ahli Parlimen, termasuk menteri kabinet, mengundi untuk menyokong rang undang-undang itu pada pusingan kedua dan terakhir mengundi, berbanding enam yang membantah (tidak menyokong) termasuk semua 5 orang Ahli Parlimen Syiah yang hadir dan ahli parlimen liberal Mohammad al-Sager.

Rang undang-undang itu memperkenalkan dua undang-undang baru kepada kanun keseksaan negara Teluk berkenaan untuk menghukum lebih berat pesalah bagi kesalahan itu.

Defendan yang bertaubat di mahkamah akan terlepas hukuman mati tetapi akan menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan denda 10,000 Kuwait Dinar (bersamaa hampir RM 110,000) atau salah satu darinya, manakala taubat kedua oleh sesiapa yang mengulangi jenayah itu tidak boleh diterima, mengikut keterangan rang undang-undang baru itu.

“Kita tidak menghukum seseorang disebabkan mereka yang mempunyai pendapat atau fikir sendiri kerana Islam menghormati orang-orang ini. Tetapi kita perlu undang-undang ini kerana kejadian merendahkan Tuhan telah meningkat. Kita perlu untuk menghalang mereka, ” tegas Ahli parlimen pembangkang Ali al-Deqbasi semasa perbahasan rang undang-undang tersebut di Parlimen Kuwait.

Rang undang-undang akan berkuat kuasa selepas diterima kerajaan, ditandatangan oleh Amir Kuwait dan digazetkan dalam warta rasmi kerajaan dalam masa satu bulan.

Menteri Keadilan dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Jamal Shehab kepada pemberita selepas undian tersebut bahawa kerajaan akan menerima dan melaksanakan undang-undang.

Ahli Parlimen Syiah juga menuntut bahawa rang undang-undang yang mengenakan hukuman mati ke atas sesiapa yang mengutuk 12 Imam yang dihormati didalam mazhab mereka, tetapi parlimen yang dikuasai oleh ahli parlimen Sunni menolak permintaan mereka.

Ahli Parlimen Syiah AbdulHameed Dashti berkata rang undang-undang itu melanggar perlembagaan Kuwait dan prinsip-prinsip Islam.

“Mengapa kita cuba untuk menunjukkan Islam sebagai agama kematian dan darah apabila ia sebenarnya adalah bertentangan dengan itu,” kata Dashti.

Langkah untuk mengeraskan hukuman bagi jenayah agama muncul selepas pihak berkuasa pada bulan Mac menahan seorang Syiah kerana didakwa mengutuk Nabi Muhammad (saw), isterinya dan beberapa sahabat melalui media sosial, Twitter.

Suspek, Hamad al-Naqi, ditahan menunggu perbicaraan hujung bulan ini.

Mahkamah Kuwait dalam masa beberapa bulan yang lalu telah memenjarakan beberapa aktivis dari kedua-dua mazhab terhadap kesalahan menghina agama.

Sumber: alarabiya.net

“Tetapi jika tertuduh adalah bukan dari kalangan orang Islam, hukuman akan diturunkan kepada penjara selama tidak lebih daripada 10 tahun, mengikut undang-undang baru tersebut” tambah laporan agensi berita tersebut.

    Print       Email

About the author

anaqi

Editor

Leave a Reply

You might also like...

defibrillator

Mantan diktator Mesir mulai guna defibrillator

Read More →