Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Palestin  >  Current Article

Parlimen Arab Desak Masyarakat Dunia Cegah Serangan Israel Terhadap Al-Aqsa

By   /   May 20, 2012  /   No Comments

20 Mei 2012 — Persatuan Parlimen Arab (APU) menyeru masyarakat dunia agar bertindak dengan segera dalam mencegah serangan Israel terhadap Masjid suci al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

APU dalam sebuah kenyataan pada Sabtu lepas menyatakan serangan Israel terhadap Masjid al-Aqsa merupakan satu jenayah berat kerana telah melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat 1949.

APU juga mengecam tindakan penggalian Israel di bawah Masjid al-Aqsa dan sekitarnya serta penerapan sekatan yang dikenakan kepada jemaah Muslim. APU mengecam pihak berkuasa Israel yang membenarkan pencerobohan tempat suci tersebut dan tindakan provokatif di dalamnya oleh golongan Yahudi fanatik.

APU menegaskan penjajahan Israel ke atas kota suci dan semua tanah jajahan Palestin harus diakhiri, dan mendesak Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam, serta masyarakat dunia untuk bangkit melawan tindakan IOA.

    Print       Email
  • Published: 2583 days ago on May 20, 2012
  • By:
  • Last Modified: May 20, 2012 @ 11:21 am
  • Filed Under: Palestin
  • Tagged With: ,

About the author

Nurul

Columnist

Leave a Reply

You might also like...

mesir- haniyah

Haniyah: Keputusan pilihanraya Mesir menentukan masa depan Palestin

Read More →