Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Tanya Ustaz  >  Current Article

Persoalan tentang solat sunat

By   /   June 20, 2012  /   No Comments

Assalamualaikum.

Saya nak tanya tentang solat sunat. Ada solat sunat yang orang buat sekarang ni bida’ah kan? Ustaz  tahu tak solat sunat apa yang bida’ah tu?

Terima kasih

//Rusyda

__________________

Waalaikumussalam saudari Rusyda.

Solat sunat tiada yang bida’ah. Tetapi ada sesetengah ulama berpendapat solat –solat yang dilakukan oleh segolongan kita hari ini tiada nas yang shahih bagaimanapun itu cuma khilaf ulama.

Contohnya solat sunat tasbih, walaupun ia disebut di dalam al Azkaar Imam Nawawi tetapi oleh kerana sandarannya dipertikaikan oleh sebahagian ulama mereka beranggapan solat itu tidak shahih dilakukan oleh Rasulullah. Bagaimanapun ada solat-solat yang bida’ah contohnya solat di waktu haram solat ataupun di tempat yang haram solat maka itu adalah bida’ah.

Untuk mengetahui tajuk yang luas ini saya sarankan saudari merujuk kitab al Azkaar Imam Nawawi ataupun membeli buku-buku khusus berkenaan solat-solat sunat. Insya Allah solat sunat itu banyak selagimana ia bernama solat sunat maka pastilah ia bukan bida’ah.

Wallahu a’lam.

    Print       Email

Leave a Reply

You might also like...

hukum-sms

Ustaz, betul ke lelaki dan perempuan tak boleh SMS?

Read More →