Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Tanya Ustaz  >  Current Article

Tidak boleh bermusafir wanita kecuali dengan mahramnya, pandangan Ustaz?

By   /   June 6, 2012  /   No Comments

Assalamualaikum wbt

Maaf ustaz, ada beberapa persoalan yang saya kurang jelas berkenaan wanita. Seorang wanita hendak keluar negara atau negeri haruslah ditemani oleh muhrimnya.
Maaf atas kefakiran saya ustaz, isteri saya saat ini bekerja di sebuah syarikat swasta. Sering sahaja keluar negeri untuk urusan syarikat, meeting, kursus & sebagainya.

Pertanyaannya saya adalah:
1. Apakah isteri saya berdosa kerana ketika berada di pejabat atau urusan di luar negeri beberapa hari tanpa muhrimnya?
2. Apakah saya berdosa kerana membiarkan isteri saya berada di pejabat yang di dalamnya terdapat lelaki yang bukan muhrimnya.
3. Gaji saya sebagai karyawan & berkerja sendiri amat tidak mencukupi untuk kehidupan keluarga tanpa bantuan dari gaji isteri saya. Mohon nasihat & pandangan dari ustaz agar isteri saya dapat terus bekerja tetapi tidak menimbulkan dosa.

Wassalam.
//Muhammad

_________________________________

Sebelum menjawab soalan ini suka saya terangkan hukum asal menurut nash hadith yang bermaksud “tidak boleh bermusafir wanita kecuali dengan mahramnya.”

Lalu bangun seorang lelaki bertanya “wahai Rasulullah sesungguhnya keluar untuk menunaikan haji sedangkan aku perlu mengikuti perang.” Rasulullah menjawab “pergilah kamu menunaikan haji bersama isteri kamu.” Maka berdasarkan hadis ini hukumnya haram. (rujukan kitab fatwa wanita oleh syeikh Saleh Usaimin) maka inilah hukum asal wanita untuk pergi ke mana-mana.

Tetapi di dalam Islam fatwa dikeluarkan mengikut nash dan juga dipadankan dengan waqi’ (keadaan semasa) walaupun Ulama berselisih apakah masih boleh dita’wilkan nash yang sahih bagi melaraskan ia dengan keadaan semasa, kita tetap terbuka kepada dua pandangan.

Dalam kitab al mufassal karangan Dr Abdul Karim Zayyidan menyebut dibolehkan wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat diyakini aman perjalanannya pergi dan balik dan bersamanya perempuan muslimah yang diyakini keislaman mereka. Adapun hukumnya ada dua pandangan juga. Pertama berdosa, yang kedua harus sekiranya memenuhi syarat.

Manakala bekerja dengan lelaki yang bukan mahram adalah harus selagimana ia tidak berdua-duaan dan terhindar dari fitnah. Tetapi perlulah difahamkan terlebih dahulu pada si isteri batas pergaulan dan juga adab-adab wanita muslimah di luar rumah.

Nasihat saya cuma satu sahaja, sabda Rasulullah maksudnya “Sekiranya kamu menjaga hak Allah, Allah akan menjaga kamu, sekiranya kamu menjaga hak Allah, Allah akan membantumu, sekiranya kamu memohon pohonlah dari Allah, sekiranya kamu meminta pertolongan mintalah dari Allah, dan ketahuilah sekiranya umat manusia berkumpul untuk membantumu mereka tidak akan mampu menambah selain apa yang telah Allah tetapkan bagimu, sekiranya mereka berkumpul untuk membinasakanmu mereka tidak akan mengurangkan apa-apa selain apa yang telah Allah putuskan ke atasmu, Qalam Allah telah terangkat dan tintanya telah kering.”- riwayat Turmizi hadis Hasan Shahih.

Insya Allah selagi saudara risau pada hak Allah saudara akan mendapat pertolongan Allah. Buatlah keputusan yang menenangkan hati saudara itulah kelapangan sebenar.

Wallahu a’lam

    Print       Email

Leave a Reply

You might also like...

hukum-sms

Ustaz, betul ke lelaki dan perempuan tak boleh SMS?

Read More →