Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Dunia Islam  >  Current Article

Turki: Pesawat Israel Langgar Ruang Udara Siprus Utara

By   /   May 18, 2012  /   No Comments

18 Mei 2012  – Turki pada Khamis kelmarin telah menerbangkan jet tentera untuk menahan sebuah pesawat Israel yang menceroboh ruang udara Siprus utara minggu ini dan menuntut penjelasan atas kesalahan itu.

Seorang jurucakap tentera Israel menolok untuk menjelaskan tuduhan tersebut. Akan tetapi, peristiwa itu merupakan ketegangan terbaru antara kedua-dua negara tersebut yang pernah bersekutu.

Hubungan baik antara Turki dan negara haram Israel putus selepas peristiwa pencerobohan kapal bantuan Mavi Marmara oleh pasukan komando Israel pada Mei 2011 lalu dalam usaha melanggar sekatan laut dari Jalur Gaza yang mengorbankan 9 orang rakyat Turki.

Pencerobohan udara oleh Israel dilaporkan terjadi Isnin lalu bertepatan dengan ketegangan di pulau Mediterranean dari Siprus atas eksplorasi minyak dan gas di sana, yang boleh menghalang usaha yang disokong PBB untuk menyatukan kembali pulau tersebut.

“Sebuah pesawat milik Israel, modelnya tidak dapat dikenalpasti telah melanggar ruang udara KTTC (Republik Turki Siprus Utara) di atas perairan jajahannya sebanyak lima kali,” kata tentera Turki dalam kenyataan yang dimuatkan di laman webnya.

“Berikutan situasi ini, pesawat F-16 kami yang berpusat di Incirlik terus diterbangkan dan melakukan penerbangan rondaan di ruang udara KKTC, untuk mencegah pesawat Israel kembali melanggar wilayah udara KKTC,” kata kenyataan tentera Turki.

Kementerian Luar Negeri Turki telah cuba menghubungi misi Israel di Ankara, meminta penjelasan atas pencerobohan udara tersebut.

Di Yerusalem, jurucakap tentera Israel berkata, mereka sedang memeriksa laporan itu. (Fq/reu/nh)

    Print       Email

About the author

Nurul

Columnist

Leave a Reply

You might also like...

defibrillator

Mantan diktator Mesir mulai guna defibrillator

Read More →