Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Dunia Islam  >  Current Article

Universiti di Afrika Selatan Batal Kuliah Duta Israel

By   /   May 24, 2012  /   No Comments

23 Mei 2012 — Universiti KwaZulu-Natal (UKZN) di Afrika Selatan membatalkan sebuah kuliah yang akan disampaikan oleh Timbalan Duta Israel ke Afrika Selatan, Yaakov Finkelstein.

Keputusan tersebut diputuskan oleh timbalan naib canselor, Professor Joseph Ayee, pada tengahari Ahad yang lepas dibawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan staff akademik untuk membatalkan kuliah Finkelstein.

Dr. Lubna Nadvi, pensyarah kanan kursus Sains Sosial UKZN berkata : “Ini merupakan satu usaha yang positif dan memberangsangkan oleh UKZN. Israel pantas menjadi sebuah negara pariah, seperti apartheid Afrika Selatan lakukan, sehingga tidak ada sesiapa pun yang benar-benar ingin dikaitkan dengan …”

Menurut kedutaan Israel, radio Israel mendakwa kempen penyokong Palestin menentang kuliah Yaakov Finkelstein, Timbalan Duta Israel Ke Afrika Selatan berjaya menggagalkan acara tersebut.

Peristiwa ini merupakan tamparan hebat kepada hubungan Israel-Afrika Selatan yang sebelum ini agak tegang selepas keputusan Afrika Selatan untuk memberikan layanan yang berbeza kepada barang import daripada negara haram Israel berbanding negara-negara lain.

    Print       Email

About the author

Nurul

Columnist

Leave a Reply

You might also like...

defibrillator

Mantan diktator Mesir mulai guna defibrillator

Read More →