Loading...
Anda di sini:  Laman Utama  >  Berita  >  Global  >  Current Article

Warren Weinstein yang diculik di Pakistan, merayu nyawanya dalam video

By   /   May 8, 2012  /   No Comments

Islamabad, 8 Mei 2012 — Warren Weinstein, seorang pakar bantuan Amerika berusia 70 tahun yang diculik di Pakistan musim panas lalu, telah muncul dalam sebuah video meminta Presiden Obama untuk menyelamatkan nyawanya dengan memenuhi permintaan al-Qaeda untuk membebaskan tahanan yang disabitkan sebagai pengganas dipenjara Amerika Syarikat.

“Kehidupan saya di tangan anda, Tuan Presiden. Jika anda menerima permintaan tersebut, aku hidup, jika tidak, maka aku mati,” kata Weinstein dengan nada mendatar dalam video tersebut yang disebar al-Qaeda pada forum jihad pada hari Ahad.

Rumah Putih pada hari Isnin memutuskan untuk berunding dengan al-Qaeda, tetapi jurucakap Jay Carney berkata AS mengutuk penculikan itu dan meminta supaya Weinstein dibebaskan.

Video yang dibekalkan itu merupakan bukti awam pertama sejak penculikannya pada bulan Ogos di bandar timur Lahore yang membuktikan bahawa Weinstein masih hidup, walaupun tidak ada sebarang petunjuk bila atau di mana video itu dibuat.

Pegawai keselamatan Pakistan telah membuat spekulasi bahawa dia sedang ditahan di rantau utara suku Warizistan, pusat aktiviti puak pelampau.

Pada bulan Disember, pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahri mengeluarkan permintaan dalam bentuk pertukaran untuk pembebasan Weinstein dengan pembebasan tahanan al-Qaeda di seluruh dunia – di antaranya “Syeikh buta” Omar Abdul Rahman, yang dipenjarakan berikutan pengeboman Pusat Perdagangan Dunia pada tahun 1993.

Weinstein, yang mempunyai isteri bernama Elaine di Rockville, Md, juga merayu kepada Obama sebagai seorang bapa kepada dua anak perempuan. Jika presiden memenuhi syarat-syarat al-Qaeda, Weinstein berkata, “kemudian saya akan hidup dan diharapkan dapat bersatu semula dengan keluarga saya dan juga bermain dengan anak-anak saya, dua anak perempuan saya, seperti anda menikmati kedua-dua anak perempuan anda.”

Weinstein sebelum ini banyak bekerja dalam projek-projek pembangunan ekonomi di Pakistan sebagai pengarah negara bagi JE Austin Associates, sebuah firma dari Northern Virginia yang memegang kontrak dengan Agensi AS bagi Pembangunan Antarabangsa.

Fasih dalam bahasa Urdu, beliau telah menghabiskan masa bertahun-tahun di Pakistan. Dalam video tersebut, beliau memakai sehelai shalwar kameez putih, berseluar longgar dan set jubah yang dianggap sebagai pakaian kebangsaan.

Walaupun Weinstein kelihatan telah kehilangan banyak berat badan, dia sebaliknya kelihatan sihat, kata seorang rakan keluarga yang rapat, bercakap mengenai keadaannya kerana sensitiviti perkara itu.

Dalam video Weinstein menyampaikan mesej ini kepada isterinya: “Saya tidak apa-apa, saya baik-baik sahaja, saya mendapat semua ubat saya, saya sedang diambil berat.”

Apabila Weinstein telah diculik dari rumah beliau di Lahore, JE Austin telah menyenaraikan beberapa ubat yang sedang di ambil beliau, termasuk ubatan untuk sakit jantung, asma, dan penyakit kencing manis.

“Saya fikir peluang sangat tipis bahawa dia masih hidup,” kata rakan keluarganya, menyatakan kelegaan untuk melihat Weinstein dalam video itu. “Dia kelihatan sedikit tertekan tetapi tetap mempamerkan senyuman diwajahnya.”

Rakannya itu berkata beliau mendapati fakta penting bahawa tebusan kelihatan dalam keadaan biasa memakan buah sementara menyampaikan mesej kepada presiden, seolah-olah keadaan tidak serius.

Keadaan itu juga dikenali sebagai cara Weinstein berurusan dengan tekanan, menurut pendapat orang lain.

Para kenalan telah menyifatkan beliau sebagai pandai bergurau, tenang dan disukai – dan komited untuk membantu Pakistan mewujudkan peluang pekerjaan dan mewujudkan usaha korporat.

Beliau bekerja dengan pegawai kerajaan yang terbaik untuk merangsang sektor industri termasuk produk tenusu; granit dan marmar untuk pembinaan; dan membuat perabot. Merupakan seorang profesor Fulbright, Weinstein memegang ijazah kedoktoran dalam undang-undang dan ekonomi antarabangsa.

Dalam video itu juga, Weinstein meminta untuk tindakan segera dan berkata, “Tidak akan ada manfaat dalam bertangguh; ia hanya akan membuat keadaan menjadi lebih sukar bagi saya.”

    Print       Email

About the author

Syarifah

Columnist

Leave a Reply

You might also like...

afsel

Afsel Usaha Hapus “Israel” dari Barang Yahudi

Read More →